Isnin, 10 Disember 2012


YANG TERSIRAT DALAM TENTERA MERAH


BAB 1 : SIAPAKAH TENTERA MERAH YANG SEBENAR ?



Sebelum kita mengupas dengan lebih lanjut mengenai siapakah sebenarnya Tentera Merah 36 , ada baiknya kita mengetahui terlebih dahulu sanad perjuangan 30 yang dibawa oleh Allahyarham Bung Isa di Tanah Air Malaysia , bumi tercinta kita.

            Apabila kita bertanya pada sesiapapun ahli jemaah atau mana-mana Ayahanda tentang siapakah yang mengasaskan perjuangan 30 di Malaysia ini , maka jawapan yang diberikan oleh mereka tidak lain dan tidak bukan , pasti mereka akan menyebut nama Allahyarham Bung Isa. Sekarang kita mencari pula jawapan , siapakah yang menerima Bai’ah dari Bung Isa ? Jika benar perjuangan ini bersalsilah atau bersanad sehingga ke atas tangan Rasulullah S.A.W , sudah tentu Bung Isa juga menerima sanad perjuangan ini dari atas tangan ke atas tangan. Jadi , siapakah yang menjadi Khalifah beliau atau diistilahkan dengan panggilan “Ayahanda” pada zaman ini ?

            Orang itulah yang bernama SYEIKH YUSUF yang sebenarnya membawa perjalanan Jihad yang dikenali sebagai TENTERA YASIN 36 yang terdiri daripada salah satu pasukan yang tersimpan dalam perjuangan 1440 bersalsilahkan Syeikh Muhammad Ali. Sebab itulah , Allahyarham Pak Long Burung menggunakan nombor 36 dan bukannya 360 seperti nombor asal “kongsi” yang diperolehinya dari Taiwan setelah Allahyarham Pak Long Burung menerima nasihat dan teguran dari Khalifah Sultan 1440. ( Sejarah ini hanya diketahui oleh beberapa

“ orang kanan “ Pak Long Burung yang kini terkenal di seluruh Malaysia , iaitu J dan G cubalah cari mereka dan bertanyakan tentang hal ini ).

            Sekarang kita balik kepada persoalan , siapakah dia Tentera Merah 36 itu ? Yang dimaksudkan dengan Tentera Merah 36 itu , adalah Tentera-Tentera Islam yang diketuai oleh Syeikh Abu Hasan Ali Asy Syadzili iaitu pengasas kepada perjuangan Jihad 1440 semasa tercetusnya Perang Salib siri ke 7 , 8 dan 9 ( setengah buku sejarah hanya terdapat hingga siri ke 7 sahaja ). Merah itu membawa maksud “Darah” , iaitu kesanggupan tentera-tentera Merah ini menggadaikan nyawa untuk berperang sehingga ke titisan darah terakhir untuk menentang kaum Kuffar. Hanya ada dua sahaja di dalam otak Tentera-tentera Islam di kala itu , iaitu MENANG ATAU SYAHID. Syahid di sini membawa maksud terkorban dan titisan-titisan darah itu yang membawa maksud Merah. Sebab itulah dikatakan TENTERA MERAH , manakala 36 membawa maksud Surah ke 36 dalam Al-Qur’an iaitu surah Yaasin yang mana di dalam perjuangan 1440 ini , salam pengenalannya adalah SALAM YAASIN. Begitu indahnya perjuangan Islam ini jika kita mengetahui kebenarannya.



BAB 2 : KAITAN NOMBOR 36 ANTARA PERJUANGAN ISLAM DENGAN “KONGSI”

Ini merupakan satu tajuk yang amat mencabar minda kita untuk berfikir , namun KEBENARAN tidak pernah tertutup kerana janji Allah untuk memeliharanya. Sebelum kita mengupas dengan lebih mendalam lagi tentang soal 36 ini , mari kita buka sejarah KONGSI  terlebih dahulu yang sering diertikan dengan Kongsi Gelap atau Gangsterisme yang dipelopori atau diasaskan oleh Kaum Cina satu ketika dulu.

            Pergerakan kongsi gelap di Malaysia diketahui bermula di negeri Perak.Ia bermula apabila pergaduhan dua puak pekerja di sebuah kawasan bijih timah membabitkan kumpulan Ghe Hin dan Hai San di bawah pimpinan kapitan Yap Ah Loy.Akibat dari peristiwa ini pemimpin Melayu di Perak terpaksa meminta campurtangan dari kerajaan Inggeris di Perak.

Pergerakan kongsi gelap yang dibawa oleh pendatang Cina di Malaysia ketika itu adalah sama dengan pergerakan mereka di tanah besar China.Berkata mengenai sejarah kongsi gelap cina ini sejarah mereka bermula di China pada tahun 1674.Lima orang sami yang terselamat dari pembunuhan kerajaan Manchu telah bersumpah disebuah tokong dihadapan dewa kekayaan yang dimerahkan mukanya..dewa Guan Yu atau Kuan Yee dan menjadi Dewa Perang bagi mereka.

Di hadapan dewa Guan Yu mereka telah bersumpah..dengan diketuai oleh sami Siu Lam iaitu ketua perang mereka untuk menyimpan rahsia pergerakan mereka dari diketahui oleh kerajaan Manchuria dan bersumpah dengan titisan darah mereka sendiri sebagai bukti. Untuk memudahkan pergerakan , mereka bergerak dengan menggunakan bahasa isyarat atau bahasa bisu. Matlamat mereka ialah menggulingkan kerajaan Ching atau Manchu dan menaikkan kerajaan Ming ke takhta.

Kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat berasal dari kumpulan Triad. Kumpulan Triad merupakan satu kongsi gelap yang ditubuhkan di negeri China pada tahun 1674. Tujuan kumpulan Triad ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan menggantikannya dengan Dinasti Ming. Kumpulan Triad juga dikenali sebagai nama-nama seperti Liga Hung dan Thian Ti Hui (Liga Syurga dan Bumi). Orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama selepas British menduduki Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara kongsi-kongsi gelap yang terkenal ialah Ghee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka). L.A. Mills menganggap kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat sebagai the Pirates and Robbers Co-operative Association. Sebilangan besar ahli kongsi-kongsi gelap tersebut terdiri daripada penjenayah Cina.

Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa-bangsa lain seperti 08,18,24,36,77,99 dan lain-lain. Kumpulan kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.

Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai menjadikan kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Yee (Dewa Perang) sebagai idola yang dipuja-puja. Malah di dalam sumpah setia meraka, mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah".







SEJARAH  “36 “ : ANTARA PERJUANGAN ISLAM DENGAN KONGSI



Jika dalam perjuangan Islam , maksud 36 diambil dari Surah Yaasin iaitu surah ke 36 dalam

 Al-Qur’an , dari manakah pula asal nombor 36 dalam Kongsi ? 36 yang merujuk kepada perjalanan Kongsi ( Dikatakan 36 merupakan kongsi yang merangkumi pelbagai kod nombor kongsi yang lain seperti 04 , 08 , 108 , dan lain-lain yang mana kongsi terbesar dalam 36 adalah kongsi 360.

            Sejarah yang mengaitkan nombor 36 dengan masyarakat Cina adalah sejarah Maharaja Cina yang pertama iaitu Shih Huang Ti. Setelah berjaya menyatukan rakyat China , Shih Huang Ti telah membahagikan negara China menjadi 36 Wilayah. Dari sinilah dikatakan asal bermulanya nombor 36 dalam sejarah Kongsi.

Dikatakan juga bahawa Maharaja Shih Huang Ti merupakan penganut agama Tauhid yang mengEsakan Allah, Pada masa itu belum wujud perkataan agama Islam kerana Rasulullah belum lagi dilahirkan dan syariat agama Islam pada masa itu tidak sama dengan ajaran Agama Islam sesudah kedatangan Rasulullah S.A.W. Sebab itulah tercatat kenyataan bahawa Shih Huang Ti telah membakar kitab-kitab ajaran Confucius. Inilah serba sedikit tentang perkaitan antara perjuangan Islam dengan kongsi di dalam merujuk permasalahan 36.





BAB 3 : PERJUANGAN PUTIH 30 DAN PERJUANGAN MERAH 36 DALAM 

              MASYARAKAT MELAYU



Setelah kita mengetahui secara ringkas mengenai perjuangan 30 dan 36 yang sering dikatakan perjuangan putih dan merah dalam masyarakat Melayu , maka kini sampai masanya kita mengetahui kebenaran di dalam memperjuangkan kedua-duanya.

            Baik putih atau merah , kedua-duanya merupakan MEDAN DAKWAH yang amat berkesan untuk mengembalikan masyarakat ke arah kebaikan sesuai dengan slogan “ AMMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR “ yang membawa maksud mengajak untuk melakukan perkara kebaikan dan meninggalkan perbuatan-perbuatan Mungkar.

            Sering terjadi masalah perselisihan pendapat dan buruk sangka kepada perjalanan Merah. Ramai yang mengatakan perjalanan Merah ini merosakkan akhlak muda mudi kita… Benarkah begitu ? sebenarnya kenyataan ini amatlah SALAH !!! apakah kerana terdapat segelintir ahli-ahli perjalanan Merah atau Kongsi ini yang terlibat dalam kes-kes mungkar seperti minum arak , berzina dan pelacuran , hisap dadah serta pelbagai lagi kes yang lain , kita terus menuduh bahawa ahli-ahli perjalanan Merah semuanya adalah samseng dan perosak. Jadi bagaimana pula dengan ahli-ahli perjalanan putih yang melakukan hal yang sama ? bukan sedikit ahli perjuangan putih 30 yang minum arak , berzina , hisap dadah dan sebagainya. Mengapa pula mereka tidak dilabelkan sebagai perosak ? sebab itulah , sebenarnya baik putih atau merah , Dakwah yang sebenar adalah dalam diri sendiri. Bukan dari warna perjuangan atau perjuangan apa yang dibawa. Selagi hatinya baik , maka baiklah segala perjalanannya , walaupun dia berjalan di dalam KONGSI atau perjalanan Merah…







PERSOALAN MENGENAI ‘ADIK-BERADIK’ BANGSA ASING ( BUKAN ISLAM )



Sering juga terjadi penghinaan kepada mereka yang berjuang dalam perjuangan Merah kerana mempunyai ‘adik-beradik’ yang bukan Islam, contoh yang jelas dalam perjuangan sekarang ini adalah adik-beradik dari kaum Cina dan India serta lain-lain yang dikatakan kafir.

            Untuk menjawab persoalan ini , mari kita semak terlebih dahulu tentang pembahagian orang Kafir dalam pelajaran Islam.

Secara dasarnya orang kafir terbahagi kepada 4 , iaitu



Orang-orang kafir yang haram untuk dibunuh adalah tiga golongan:
1. Kafir dzimmi (orang kafir yang membayar jizyah/ufti yang dipungut tiap tahun sebagai imbalan bolehnya mereka tinggal di negeri kaum muslimin)
2. Kafir mu’ahad (orang-orang kafir yang telah terjadi kesepakatan antara mereka dan kaum muslimin untuk tidak berperang dalam kurun waktu yang telah disepakati)
3. Kafir musta’man (orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum muslimin atau sebagian kaum muslimin)

4.Sedangkan orang kafir selain tiga di atas yaitu kafir harbi, itulah yang boleh diperangi.



Nah , sekarang sudah jelas , ada 3 golongan kafir yang DIHARAMKAN untuk dibunuh seperti yang dinyatakan di atas ini yang mana jika kita lihat dengan teliti , ketiga-tiganya ada dalam istiadat Kongsi. Timbul pula persoalan , kenapa mereka boleh menjadi ‘adik-beradik‘?

MasyaAllah , tidak kah kita ingat bahawa kita ini semuanya berasal dari Nabi Adam A.S. Apakah bangsa Nabi Adam ? jika kita mengatakan Nabi Adam itu berbangsa Arab , maka kenapa kita pula berbangsa Melayu ? apakah kita berasal dari jenis manusia yang selain Nabi Adam ? Sudah tentu jawapannya tidak…. Yakinlah bahawa kita semua berasal dari Nabi Adam A.S dan soal agama atau Hidayah Allah itu , biarkan Allah yang mengaturnya seperti yang termaktub dalam Surah Al Kafirun , Bagi Kamu agama Kamu , bagi Kami agama Kami.

            Oleh itu , janganlah kita terlalu Asshobiyyah atau terlalu mementingkan perkauman sehingga nilai-nilai kemanusiaan terluput dari hati sanubari kita. Ingatlah bahawa Hidayah Allah itu bukan milik kita , bersangka baiklah pada sesama manusia kerana mungkin hari ini kita melihat orang asing itu hina kerana mereka bukan beragama Islam , tapi bagaimana pula jika pada masa akan datang mereka itu mendapat Hidayah dari Allah dan hidayah kita yang sering menghina mereka ini pula ditarik oleh Allah….Nauzubillahi min zalik…. Jangan lupa , terdapat juga orang Melayu yang Kafir dan jangan lupa , antara Muslim yang teramai di dunia adalah Masyarakat Cina…sebenarnya kita sendiri yang membahagi-bahagikan bangsa kita ini sedangkan pada awalnya kelahiran Nabi Adam A.S tidak pernah wujud bangsa yang dikatakan bangsa Arab , Melayu , Cina , India , Pakistan dan lain-lain…. Fikir-fikirkanlah

















BAB 4 : PERSAMAAN CARA DAKWAH ALIRAN PUTIH DAN ALIRAN TUBAN DI 

              TANAH JAWA DENGAN PERJUANGAN PUTIH 30 DAN MERAH 36



Antara cara dakwah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W adalah dengan cara Hikmah atau Bijaksana. Disebabkan itu , terjadi 2 pecahan cara menyampaikan dakwah Islamiah di Tanah Jawa yang dipelopori oleh Wali Songo.

            Aliran Putih yang dipelopori oleh Sunan Giri dengan dokongan kuat Sunan Ampel dan Sunan Drajat menggunakan sepenuhnya ajaran Islam yang dilakukan di Tanah Arab tanpa ada tolak ansur atau kompromi , contohnya semasa kenduri tahlil tidak boleh memasang asap kemenyan dan setanggi , tidak boleh berhibur dengan bunyi-bunyian selain gendang dan sebagainya. Alliran ini sangat susah diterima masyarakat Jawa ketika itu kerana masih kuat berpegang dengan cara-cara Hindu dan Buddha.

            Manakala Aliran Tuban diketuai oleh Sunan Kalijaga dan disokong oleh Sunan Bonang , Sunan Muria , Sunan Kudus dan Sunun Gunung Jati turut menyebarkan dakwah dengan kaedah Aliran Tuban. Aliran Tuban ini merupakan kaedah menyebarkan dakwah dengan bijaksana selagi tidak Haram di sisi agama Islam seperti yang dilakukan Sunan Kalijaga ketika kenduri tahlil , beliau menggunakan setanggi dan asap kemenyan. Apabila ditanya oleh para wali yang lain dari aliran Putih mengapa beliau berbuat demikian sedangkan Rasulullah tidak pernah melakukannya , dengan selamba Sunan Kalijaga menjawab “ Bukankah Rasulullah menganjurkan wangi-wangian dan asap dari setanggi itu mengeluarkan bau yang harum “. Sebenarnya ini hanyalah helah dan teknik dari Sunan Kalijaga untuk menarik masyarakat Jawa mendekati Islam. Begitu juga dengan muzik gamelan yang mampu menarik orang Jawa dikala itu mendekati setiap upacara ceramah yang disampaikan oleh Sunan Kalijaga. Malah , pakaian beliau sendiri adalah pakaian Jawa , tidak seperti wali yang lain yang memakai jubah dan serban. Sebab itulah , beliau lebih mudah didekati dan dakwah beliau lebih berkesan berbanding wali yang lain.

            Hasil dari penyebaran dakwah yang bijaksana ini , aliran Tuban lebih diminati dan lebih disenangi oleh masyarakat jawa dan kesannya Islam telah berkembang dengan begitu cepat sekali.



ALIRAN TUBAN DAN PERJUANGAN MERAH

Samalah seperti aliran Tuban tadi , perjuangan merah sebenarnya adalah untuk berdakwah dengan lebih mudah dan bijaksana kepada kaum kafir atau bangsa asing. Begitu juga untuk menarik anak-anak muda yang telah rosak akibat pergaulan bebas seperti meminum arak , berzina dan sebagainya , maka ahli-ahli perjuangan Merah lah yang lebih mudah untuk menarik mereka ini kembali ke jalan yang benar kerana ahli-ahli perjuangan Merah ini berdakwah dengan pakaian dan cara yang sama seperti mereka. Jika kita berpakaian jubah dan berserban , apa mungkin kita boleh memasuki pub-pub , disko dan kelab-kelab malam untuk berdakwah ? jawapannya pasti tidak. Sedangkan pada masa yang sama , ramai anak-anak muda kita yang perlu diselamatkan berada di dalam pub , disko dan tempat-tempat maksiat yang lain. Oleh itu , hayatilah perjuangan merah ini dengan sebenar-benarnya.

            Apa yang penting di dalam berdakwah ini , prinsip yang wajib dipegang adalah HARAM TETAP HARAM….walaupun perjalanan merah ini secara zahirnya terlibat dalam pub , disko dan sebagainya , namun tidak sekalipun perbuatan HARAM itu dihalalkan…jika ada yang melanggarnya , itu adalah disebabkan nafsu sendiri dan bukan melibatkan perjuangan merah ini. 

INFORMATION


KESAN AKIBAT DADAH SYABU,BAHAYA SYABU DAN KAWALAN UNDANG-UNDANG:



Syabu adalah sejenis dadah peransang jenis amfetamina (Amphetamine-Type Stimulants, ATS).
Dadah jenis ini dihasilkan pada abad lalu dari dadah induknya amphetamine, yang dahulunya diguna untuk melegakan pernafasan akibat hidung tersumbat. Walaubagaimanapun, pada hari ini kegunaannya terhad untuk keadaan-keadan tertentu seperti untuk rawatan narkolepsi ( satu keadaan di mana seseorang rasa mengantuk dan tertidur secara spontan), sindrome kurang penumpuan perhatian, dan kegemukan yang teruk (untuk kegunaan bagi jangkamasa singkat)
Syabu dihasilkan di makmal haram dari bahan prekursor seperti ephedrine, pseudoephedrine dan phenylpropanolamine. Apabila kawalan yang ketat dikenakan ke atas prekursor, pengilang haram ini mula mencuba resipi baru dengan menggunakan bahan-bahan lain yang merbahaya, seperti asid bateri dan pencuci longkang. Bahan-bahan ini meningkatkan lagi risiko pendedahan pengguna kepada kesan buruk dan kematian .
KESAN DADAH SYABU PADA MANUSIA



KESAN DADAH SYABU

APAKAH NAMA-NAMA SYABU YANG LAIN ?
Syabu juga dikenali sebagai “speed”, “meth”, “chalk”, dan “china white”. Syabu yang dihisap secara ‘ chasing the dragon’ disebut sebagai “ice”, “crystal”, “crank” , dan “glass” . Syabu gred satu yang berkualiti berwarna putih kristal sementara syabu gred dua warna putih kemerahan dan gred tiga pula rendah kualitinya serta mempunyai rasa yang pahit.
BAGAIMANA CARA SYABU DIGUNAKAN?
Syabu, seperti Ecstacy, dilaporkan disalahgunakan oleh remaja selalunya di pesta-pesta liar, di pesta tari-menari , di kelab-kelab malam, disko, tempat karaoke dan lain-lain tempat hiburan untuk menaikkan mood seseorang dan daya ketahanan fizikal.
Syabu boleh didapati dalam berbagai-bagai bentuk dan boleh digunakan secara suntikan, dihisap secara merokok, ditelan atau disedut melalui hidung.
Penggunaan secara suntikan atau dihisap secara ‘ chasing the dragon’ mendatangkan kesan segera keseronokan. Penggunaan secara disedut melalui hidung memberikan kesan dalam 3-5 minit sementara jika ditelan kesannya diperolehi selepasa 15-20 minit. Kedua-dua cara pengambilan dadah jenis ini iaitu dengan cara disedut atau dimakan akan menghasilkan euphoria -mengkhayalkan tetapi tidak dengan kesan segera. Kesan dadah ini akan bertahan sehingga 4 -24 jam.
Kesan toleran ke atas dadah ini terjadi dengan cepat – iaitu kesan seronok akibat dadah ini lenyap sebelum kandungan dadah berkurangan dalam darah – penggunanya akan cuba meneruskan kesan khayal dengan penggunaan dadah ini secara berulangkali (dikenali sebagai bingeing). Walaubagaimanapun, setiap episod kekhayalan ini semakin kurang keseronokannya dan lebih banyak syabu diperlukan untuk mencapai kekhayalan. Pengguna dadah ini yang dahulunya memakan atau menyedut dadah ini akan bertukar kepada menghisap atau menyuntik dadah ini untuk mendapatkan kesan seronok yang lebih dan cepat.
Kesan khayal dan keseronokan ini dipercayai akibat pengeluaran dopamine, penghantar neuro di otak yang mengawal perasaan seronok/gembira.




APAKAH KESAN SEGERA SYABU?
Syabu ialah stimulan yang poten. Pengguna menggemarinya kerana ia memberi rasa euphoria – rasa gembira dan menyeronokkan; rasa lebih bertenaga dengan peningkatan aktiviti fizikal, hilang mengantuk, peningkatan tumpuan perhatian, berjaga-jaga dan pengurangan selera.
Walaubagaimanapun, pengguna syabu akan mengalami kesan buruk seperti mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakit kepala.
Selepas kesan khayal, seseorang itu merasa gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas.
Pada dos yang tinggi dadah ini menaikkan suhu badan kepada tahap yang membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut.


APA BAHAYA SYABU KEPADA KESIHATAN?
Penggunaan syabu memudaratkan kesihatan kerana:
Toleran – kesan toleran terjadi dengan cepat mengakibatkan penggunanya mengambil dos lebih dan berulang untuk meneruskan kesan khayal yang dialaminya. Dalam keadaan tertentu, pengguna tidak makan atau tidur tetapi pada masa yang sama terus menyuntik dadah ini sehingga 1 gram setiap 2- 3 jam dalam jangkamasa beberapa hari sehingga bekalannya habis atau sehingga mereka tidak berupaya meneruskannya. Terdapat juga pengguna yang tahan tidak tidur dari 3 – 15 hari akibat dadah ini.
Penagihan – Pengguna dadah ini akan mengalami ketagihan dan juga penggantungan psikologi akibat pengambilan syabu. Ketagihan ini akan berada pada tahap kronik dan berulang. Pemberhentian pengambilan dadah ini akan menyebabkan kemurungan, kegelisahan, keletihan, syak wasangka tanpa sebab, sifat ganas dan menagih untuk mendapatkan dadah tersebut.
Pengabaian diri – Apabila di bawah pengaruh syabu, pengguna tidak makan, tidur dan mengabaikan diri sendiri. Penggunaan pada dos tinggi akan menyebabkan hilang berat badan yang ketara, muka menjadi pucat, pengabaian kesihatan diri dengan perpeluhan , badan berbau, gigi kekuningan, berparut dan luka-luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya.
Kurang daya tahan kepada penyakit – Pengguna syabu yang mengabaikan pemakanan dan tidur yang sempurna akan menjadi lemah dan kurang daya tahan melawan penyakit.
Kerosakan pada otak dan sistem saraf seseorang – Penggunaan kronik mengakibatkan berkelakuan terlalu aktif, susah tidur, kemurungan yang teruk, khayal, syak wasangka tanpa sebab, bersikap garang, keganasan tidak terkawal, dan perlakuan psikotik seperti gila. Penyelidik-penyelidik mendapati kerosakan pada sistem saraf dan otak yang bolih menyebabkan gejala-gejala seperti penyakit Parkinson (dengan gangguan pergerakan anggota-anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan kehilangan ingatan dan kekurangan daya berfikir).

Gangguan metabolisma badan – dadah ini menyebabkan hilang selera yang ketara, kurang pemakanan, kehilangan berat badan yang jelas, kurus dan lain-lain masalah akibat metabolisma badan yang terjejas.
Kerosakan pada jantung dan sistem pendarahan – dadah ini menyebabkan degupan kencang, tidak menentu dan tekanan darah meningkat, yang mengakibatkan sakit jantung dan maut. Kerosakan pada saluran darah menyebabkan sakit ahmar.
Kerosakan pada sistem pernafasan – dadah ini, lebih-lebih lagi jika dicemarkan dengan bahan berbahaya, akan menyebabkan masalah pernafasan.
Gangguan kepada saluran makanan – Kebuluran berlanjutan sebab tidak makan semasa pengambilan syabu, serta bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman
Bahaya semasa mengandung – penggunaan methamphetamine semasa mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran. Bayi yang dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif dan mudah gelisah. Dikhuatiri juga bayi ini akan mengalami masalah mental dan masalah tumbesaran .
Kemalangan jalanraya – pengguna syabu boleh terlibat dalam kemalangan jalanraya akibat kesan kebingungan, khayal, paranoia, keganasan dan kelakuan psikotik.
Bahaya daripada exploitasi seks dan seks bebas – Hasil penyelidikan mendapati pengguna methamphetamine menjadi lebih berahi. Penggunaan dadah ini sering dikaitkan dengan hubungan seks yang lebih ganas menyebabkan pendarahan dan luka. Remaja terutama gadis-gadis di bawah pengaruh syabu akan terdedah kepada bahaya ekploitasi seks serta hubungan jenis tidak selamat yang boleh menyebabkan jangkitan HIV, hepatitis dan lain-lain penyakit kelamin. Penggunaan methamphetamine dalam jangkamasa panjang menyebabkan lelaki menghadapi masalah fungsi seks mereka.
Bahaya akibat HIV, Hepatitis dan lain-lain penyakit berjangkit – penyakit-penyakit ini mungkin dijangkiti akibat amalan seks bebas atau tanpa perlindungan semasa di bawah pengaruh dadah ini, dan juga dari penggunaan alat-alat suntikan yang tercemar dan dikongsi.
Masalah-masalah sosial lain – Semua aspek kehidupan seseorang termasuk keluarganya, hubungan dengan orang lain dan kerja akan terjejas akibat dadah ini. Pengguna akan menghadapi pertelingkahan kerana masalah dadah dan kewangan akibat ketagihan dadah. Di tempat kerja penyalahguna dadah ini akan bermasalah disebabkan sifatnya yang cepat marah, tidak mesra dan kecenderungan kepada keganasan. Pengguna syabu juga mungkin terlibat dengan kejadian jenayah spontan seperti meragut beg bimbit dan serangan untuk menampung ketagihan mereka. Sifat paranoia dan ganas ini bolih menyebabkan pengguna membunuh diri atau melakukan pembunuhan. Di California, terdapat seorang lelaki yang semasa dibawah pengaruh syabu mencuri sebuah kereta perisai milik agensi keselamatan National Guard dan merosakkan beberapa kereta di jalanraya San Diego sebelum dia akhirnya ditembak oleh polis.




APA KAWALAN UNDANG-UNDANG KE ATAS SYABU? .
Sebelum 29.11.97, methamphetamine dikawal sebagai bahan psikotropik di bawah Akta Racun 1952 (Disemak 1989) di mana pemilikan, penjualan atau bekalan tanpa kuasa atau kebenaran/lesen boleh dikenakan tindakan mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau pemenjaraan sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali.
Pada 29.11.97 methamphetamine diwartakan sebagai dadah berbahaya melalui P.U.(A) 500. Pada masa itu di bawah Seksyen 12 sesiapa yang didapati mengimport, mengeksport atau memiliki methamphetamine tanpa kuasa atau kebenaran sah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Menyedari hukuman di atas yang nyata adalah ringan berbanding dengan bahaya dadah ini, Kementerian Kesihatan telah mencadangkan Pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Pindaan ini telah diluluskan oleh Parlimen pada 1.7.1998 untuk meningkatkan hukuman berkaitan dadah berbahaya dan meningkatkan kawalan ke atas dadah peransang jenis Amfetamina termasuk syabu. Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1998 ini berkuatkuasa 15.9.1998.
Di bawah Pindaan ini -
Pemilik 50g dan lebih methamphetamine dianggap sebagai mengedar dadah dan akan dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pemilik lebih 30g tetapi kurang dari 50g methamphetamine boleh dikenakan hukuman penjara 5 tahun sehingga seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Pemilik lebih 5g tetapi kurang dari 30g methamphetamine boleh dikenakan hukuman penjara 2-5 tahun dan sebatan 3-9 sebatan.
Pemilik kurang dari 5g methamphetamine boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau pemenjaraan sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pengguna yang menggunakan methamphetamine ke atas diri sendiri boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya.Sama-sama kita menghindari dadah demi Agama,Bangsa dan Tanahair tercinta.Jangan biarkan diri anda,anak-anak anda,keluarga anda dan rakan-rakan anda hancur di belenggu dadah.Dalam Islam, Tuhan adalah satu, tiada lain daripada-Nya. Tiada lain yang patut disembah melainkan-Nya. Dengan demikian seseorang yang berserah diri kepada Allah yang Esa tidak menyembah Tuhan yang lain. Tiada lain tempat seseorang berserah melainkan pada yang Esa. Seseorang itu dikehendaki berbuat demikian bukan semata-mata kerana kehendaknya mahupun kerana paksaan; sebaliknya dengan menggunakan akal fikiran yang waras, yakni dia diberi pilihan. 

Ini jelas dinyatakan oleh al-Quran: "Allah tidak menukar nasib seseorang kecuali mereka menukar nasib mereka sendiri (dengan hari mereka sendiri, Al-Ra'd: 11)" "hati" atau "al-qalbu sebagai tempat datangnya akal fikiran seseorang. Di dalam satu lagi ayat; "Jika dikehendaki oleh Tuhan kamu, semua manusia di muka bumi ini akan mempercayai-Nya; (Yunus: 99). Apa yang jelas, kita diberi keupayaan memilih berasaskan lunas-lunas Islam.

Dalam satu ayat lain; "Kami telah memberikan mereka penglihatan dan pendengaran dan sama ada dia bersyukur atau tidak terhadap rahmat kami, kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang benar" (al-Insan: 2-3). Jalan yang demikian ialah cara hidup Islam. Ditambah dengan konsep ibadah di dalam Islam, ia jelas bertujuan supaya manusia dapat mencapai `imej paling mulia' sebagai seorang Islam. 

BAHAYA dadah yang menular dalam masyarakat kita hari ini sebenarnya diberi perhatian serius oleh Islam. Dalam hal ini, sebuah fatwa telah pun diadakan untuk mengharamkan pengunaan dadah.

Daripada kitab suci Al-Quran, perkataan `dadah' dikaitkan dengan nyata di dalam maksud perkataan khamr. Namun begitu, ia tidak merujuk kepada fungsi kehidupan biologinya. Untuk memahami daripada menyedari kepentingan sepenuhnya, wajar kita mengkaji asal usul perkataan khamr itu.

Perkataan khamr berasal daripada perkataan yakhmur, maksudnya `menutup, menyembunyi atau melindungi.' Oleh itu khamr merujuk secara meluas kepada fungsi kehidupan atau biologi sesuatu bahan yang boleh menutup, menyembunyi atau menghilangkan fungsi yang biasa dialami oleh seseorang `biasa' dalam hal ini dikaitkan khusus dengan keadaan `fikiran' dan `akal.'

Sebuah hadis menyebut: "Arak adalah sesuatu yang menutup akal". Begitu juga halnya dengan dadah. Ini ialah kerana Islam menyedari pentingnya akal fikiran bagi diri seseorang. Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumu al- Din menyebut;

Ketahuilah bahawa badan manusia itu seperti sebuah kota. Akal, yakni kekuatan mengetahui daripada manusia itu adalah sebagai raja yang menguruskan hal- ehwal kota itu. Alat-alat tanggapan terdiri daripada pancaindera lahir dan batin seperti tentera-tentera dan pegawai- pegawainya.
Seluruh anggota badannya itu seperti rakyatnya. Nafsu serta syahwatnya dan kemarahannya adalah sebagai musuh yang bertarung untuk menguasai kerajaannya itu dan untuk merosakkan rakyatnya."
Melalui akal fikiran seseorang menentukan haluan dan pertimbangan. Oleh itu, akal fikiran dalam erti kata sepenuhnya dapat membimbingkan seseorang ke arah jalan yang betul, jalan Islam. Dengan mengambil haluan tindakan ini, manusia dikatakan terbentuk `menjadi imej yang paling mulia' (At-Tin: 4) malahan menjadi kemuncak kemuliaan semua makhluk.

Dengan `nilai' ini, manusia diberi tanggungjawab supaya tidak menyalahgunakan atau mengabaikan penggunaan akal fikiran. Mereka yang tidak memenuhi tanggungjawab ini disebut di dalam al-Quran sebagai mereka yang tidak `memahami' atau yang tidak mahu 'berfikir' menggunakan akal yang telah diberikan oleh Allah. Penyalahgunaan atau kecuaian demikian akhirnya menurunkan taraf manusia menjadi `makhluk' yang paling hina' (At-Tin: 5). Dan Khmar ialah salah satu daripada aspek ini kerana ia memusnahkan bukan hanya daya usaha serta keupayaan seseorang bertindak secara membina, tetapi juga kesihatan tubuh badannya. Sambung Al-Ghazali dalam kita yang sama;

"Jadi, badannya itu seperti kubu dan tempat kawalannya dan dirinya sebagai penghalang yang mempunyai pengaralnya. Jika ia berjihad menentang musuhnya dan dapat mengalahkannya serta menguasainya seperti yang sepatutnya, kesannya adalah kebaikan yang layak menerima pujian. Sekiranya ia kehilangan tempat pertahanannya itu dan mengabaikan rakyatnya, maka kesannya ialah keburukan yang layak menerima balasan daripada Allah, sesuai dengan keburukan yang dilakukan itu."




Oleh itu, tidaklah keterlaluan jika ditekankan bahawa Islam sebagai satu agama yang rasional menuntut kewarasan akal fikiran, supaya manusia sentiasa sedar siapa dia dan apa yang dilakukannya. Al-Quran mengatakan `mereka akan memikul bebanan di belakang mereka' (Al-An'am: 31).Sekian,sama-sama kita renungkan.Terima kasi
h.-sumber-utusan Malaysia,internet-

Selasa, 4 Disember 2012

Masih Ingatkah Anda Akan Filem Pirates of The Carribean...?


  

Masih Ingatkah Anda Akan Filem Pirates of The Carribean...?
Filem Yang Mengambarkan Sebuah Keagungan Pelayar-pelayar Yang Digelar Lanun Oleh Mereka...
Tahukah Anda...
Oleh Disebabkan Ketakutan Mereka Pada Masa Lampau Menjadikan Ia Satu
Tragedi Yang Tak Dapat Dilupakan...
Kenalkah Anda Dengan Captain Jack Sparrow...??
Apa Kaitan Kapten Jack Sparrow Dengan Kapten Barbossa...??
Siapakah Mereka Berdua...?

Apabila disebut Barbossa, Saya yakin
ramai dalam kalangan kita akan
terbayangkan Watak Seorang Lanun
memakai penutup sebelah Matanya
seperti yang terdapat dalam filem
Pirates of The Carribean....

Namun tahukah Kita, Sebenarnya watak Hector Barbossa Adalah watak yang diadaptasikan dari Watak tokoh Islam yang popular dalam Dunia peradaban Islam dahulu kala...
Barbarossa bererti janggut merah dalam bahasa Itali...
Hanya terdapat tiga tokoh
besar dunia yang berjanggut merah, iaitu Maharaja Frederick daripada Rom
(1123-1190) dan dua orang adik-beradik
iaitu Aruj dan Khairuddin atau disebut
dengan Hayreddin, kedua-duanya dari
Turki.

Islam pernah mengangkat ketamadunan ke peringkat yang tertinggi di bumi Andalusia, kebudayaan, falsafah (sains)
dan teknologi (terutama infrastruktur dan senibina) lahir di wilayah semenanjung Iberia (Sepanyol) tersebut...

Thariq bin Ziyad yang telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan namanya menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq yang disebut oleh orang barat sebagai Gibraltar (kini berada di bawah kuasa Inggeris)....
Sebuah gunung berhampiran
dengan selat yang menghubungkan lautan Atlantik dengan Laut Tengah. Ketika era kegemilangan Islam, bangsa barat (Eropah) tercengang dengan kemajuan Andalusia, Cordoba, Granada dan Sevilla setelah dipimpin Dinasti Bani Umayyah pada tahun 756M. Umat Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman penuh rukun selama dua abad lebih di saat itu...

Sebermulanya era Perang Salib, Eropah
telah melancarkan misi Reconquista iaitu misi penaklukan kembali wilayah-wilayah Eropah. Satu persatu bandar-bandar yang mempunyai peradaban yang maju mulai jatuh, Lisboa, Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla dan kemuncaknya dengan kejatuhan Granada pada tahun 1492M...

Manakala...
Siapakah Pula Watak Utama Didalam Filem Tersebut...?

Captain Jack Sparrow : Pelayar
Melayu...?

Kajilah Sejak Bila Empayar Melayu Islam Mula Menggunakan Senjata api...?
Adakah Melayu Hanya Tahu Berpencak Bersilat Semata-mata...?

Tahu Kapten Jack Sparrow Itu Diilhamkan Dari Mana...?
Senjatanya...?
Tahu Apa Itu Terakol...?

Terakol atau Tarkul adalah Antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu...
Ia juga tergolong Diantara Senjata Api Melayu Yang Digelapkan Sejarah .

Tarkul atau Terakol ini pada awalnya menggunakan teknologi kancing roda di mana kemajuan teknologi ini
membolehkan ia membakar serbuk bedil Secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’.
Terakol berbentuk seperti pistol dan ia
adalah perubahan bentuk dari sebuah lagi senjata silama Melayu bernama Pemuras Yang dikecilkan...
Terakol digunakan di dalam
peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina menentang Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke...

Terakol juga digunakan di Patani dan
Melaka. Selain itu, dalam Perang Naning, senjata ini turut digunakan... Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock ( kancing batu
api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.

Dalam filem Pirates of Caribbean, Jack
Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)
Ketua Lanun, Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.
Teknologi "flintlock" yang dicipta oleh Barat maka ketika itu bertukarlah namanya dari Terakol atau Tarkul menjadi pistol...

Mengenai Captain Jack Sparrow, dia adalah seorang Melayu. Lagenda lanun Melayu "the 19th Malay Regiments of British Royal Navy".

Kurang lebih 300 dokumen yang berkaitan kisah Captain Jack Sparrow yang berbangsa Melayu ini berada dalam simpanan kerajaan penjajah British...

Karekter Captain Jack Sparrow ini diinspirasikan daripada Raja Pelayar Dunia yang berketurunan Melayu
suatu ketika dahulu...
Manakala Nama karekter
Barbossa juga diinspirasikan
daripada seorang Pelayar asal Turki,
Hector Barbossa Dalam filem Pirates
of the Carribean : At World End (Di
Penghujung Dunia)
Semua Watak Hebat Ini...
((( Diilhamkan Dari Tokoh Islam )))

Dipenghujung Dunia...?
Masih Ingatkah Anda Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi
Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan
semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai
'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas...
Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negara kota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir...
Ia Juga Mengelar Negara Dipenghujung Dunia...

Jadi Apa Kaitan Empayar Melayu Islam Melaka Dengan Empayar Islam Uthmaniah Di Turki...?

Akhir Kalam, Tiada Yang Lebih Mengembirakan Dari Melihat Saudara Ku Memahami Apa Maksud Tersirat Dengan Ucapan :
" TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA"

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum


Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom MK nak dedahkan 10 daripadanya!
1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.
2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.
3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.
4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!
5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?
8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi
9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!